KENYATAAN RASMI PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL: ISU MENGANGKAT BAHASA MANDARIN DI MEDIA PERDANA
PEMBINA sentiasa cakna dan mengikuti perkembangan arus pendidikan di Malaysia. Akhbar Sinar Harian baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengecewakan kerana mempromosi SJKC kepada masyarakat dengan alasan Bahasa Mandarin mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam pasaran pekerjaan. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan di media perdana kerana ia bertentangan dengan agenda dan prinsip negara Malaysia



