BRUNO MARS PRO-ZIONIST: DIMANAKAH PENDIRIAN KERAJAAN?

Kerajaan sepertinya membisu apabila Malaysia seolah-seolah sentiasa membuka ruang dan peluang kepada pihak Pro zionis.

Sehingga kini isu pemilikan saham MAHB oleh syarikat Blackrock, kerajaan masih membatu. Terkini isu konsert Bruno Mars yang bakal diadakan pada 17 September 2024 di stadium Nasional Bukit Jalil pula mengambil tempat.

Sudahlah ianya hiburan melampau yang disajikan untuk masyarakat majoritinya Islam, bahkan Bruno Mars secara lantang menyatakan sokongannya kepada negara haram Israel. Bruno Mars baru sahaja selesai mengadakan konsert pertamanya di negara haram tersebut.

Dimanakah pendirian kerajaan yang sebenar dalam isu Palestin? Kerajaan begitu bangga menunjukkan usaha membawa isu Palestin ke persada antarabangsa, tetapi membuka selebar-lebarnya ruang kepada pihak Pro zionis masuk ke dalam negara.

Jelaslah bahawa kerajaan Madani hanya mahukan two state solution tanpa mempedulikan harapan rakyat Palestin agar merdeka sepenuhnya.

Kini, rakyat perlu memainkan peranan berani, terutamanya mahasiswa dalam menggerakkan kempen boikot. Kita perlu memboikot apa jua syarikat, jenama mahupun individu yang menyatakan sokongan kepada negara haram Israel.

Mahasiswa yang mempunyai visi dan matlamat hidup yang jelas mampu menjadi arus perubahan kepada perkara salah dan keji ini. Rakyat sudah tidak boleh berharap kepada kerajaan kerana hari ini telah jelas bahawa kerajaan menyokong two state solution dengan membiarkan proksi Israel bertapak di Malaysia.

Semoga kita tidak jemu dalam memperjuangkan isu kemerdekaan buat rakyat Palestin. Teruskan apa jua usaha kita dalam membantu rakyat Palestin. Walaupun hanya sekecil-kecil usaha, ianya tetap bernilai.

NURHADIRAH BINTI MOHAMMED ADNAN
JK PEMBANGUNAN ORGANISASI PEMBINA MALAYSIA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top