Pengalaman aktivisme yang Mengubah Diri

Jadi mahasiswa yang berjaya dengan mencipta pengalaman kepimpinan, tarbiah, kesukarelawanan, sukan dan pelbagai lagi.

Anak muda amat memerlukan sebuah platform aktivisme yang mampu mencorakkan identiti mereka mengikut acuan Islam yang sempurna di samping mengangkat nilai akal dan budi mereka sepanjang menuntut ilmu di universiti. PEMBINA antara wadah yang saya yakini mampu mengasah kemahiran dan jati diri mahasiswa pada hari ini.

Ibrahim bin Allam

Aktivis PEMBINA UM

PEMBINA merupakan satu platform yang dapat membina kemahiran dan mengasah bakat kepimpinan melalui proses tarbiah yang mantap. Ayuh sertai PEMBINA untuk membawa arus perubahan positif demi masa depan yang diinginkan.

Engku Sofiyyah Engku Omar

Aktivis PEMBINA UKM

Apabila masa diisi dengan perkara yang tidak berfaedah, jiwa akan terasa kosong. Walaupun kadang ia hadir dengan rasa keseronokan, namun jauh di sudut hati dapat merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap. Begitulah bermulanya detik perkenalan saya dengan PEMBINA.

Muhammad Ismail bin Mohd Adlan

Aktivis PEMBINA UIAM

Sertai mereka yang ingin berjaya

“Dan bersabarlah kami bersama orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya pada waktu pagi dan petang,
mereka mengharapkan keredhaanNya”, Al Kahfi, 28.

Lebih 20 IPT telah mendaftarkan Pembina

Sertai Pembina yang telah berdaftar secara rasmi di IPT-IPT yang terkemuka di Malaysia.

Pembina Wadah Terbaik Belia Masa Kini

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merupakan wadah terbaik belia masa kini dalam membentuk keperibadian unggul dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh negara.

Sejak tertubuhnya persatuan ini sejak lebih sedekad yang lalu, aspirasi pembina dalam melahirkan mahasiswa/wi cakna isu semasa dan seimbang dari aspek kerohanian dan jasmani telah berjaya dicapai.

Sertailah PEMBINA.

Prof. Dr. Norbahiah Misran

Profesor, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pembina Ruang Terbaik Bentuk Keperibadian Diri

Mendepani cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi masa kini, PEMBINA merupakan satu inisiatif terbaik bagi mahasiswa/wi untuk berhadapan dengan cabaran tersebut.

Pelbagai aktiviti dan program telah disediakan untuk aktivist PEMBINA bagi memberi pendedahan mengenai cabaran sebenar di luar kampus dan belajar mengurus emosi.

Saya telah terlibat dengan aktivisme mahasiswa melalui PEMBINA sejak tahun 2010 sehingga kini. Persatuan ini telah membentuk keperibadian saya bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, tetapi proaktif dalam isu semasa, kepelbagaian kemahiran insaniah, teguh jati diri, keseimbangan emosi dan semangat patriotisme yang tinggi.

Sertailah PEMBINA.

Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Abd Azis

Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saya percaya dengan Pembina kerana...

Pembina menawarkan pelbagai kemahiran yang sangat berguna bagi menempuh alam pekerjaan, kerana ilmu sahaja tidak memadai untuk para pelajar menceburi alam pekerjaan, tetapi kemahiran juga perlu ada iaitu seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran keusahawanan, kemahiran pemikiran kritis dan sebagainya. Inilah yang akan membantu para pelajar untuk berjaya bukan sahaja dalam menuntut ilmu, bahkan semasa menceburi alam pekerjaan kelak apabila selesai menuntut ilmu.  

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Pengajian Quran Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Mahasiswa membaca

Antara artikel terkini untuk anda

Scroll to Top