“PEMBINA MENYERU MAHASISWA BANGKIT BERSATU, MENYOKONG PEMBEBASAN MUTLAK PALESTIN BUKAN BERKADAR PADA TWO STATE SOLUTION”

  1. Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Menurut BDS, BlackRock mempunyai pelaburan yang terbesar di Israel, termasuk memiliki firma Kreos Capital British-Israel yang menyediakan dana kepada syarikat permulaan dalam sektor berteknologi tinggi. Malah, Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock, Larry Fink adalah penyokong kuat negara haram berkenaan. 
  2. Pembina memandang tindakan yang diambil ini secara fundamentalnya berpunca daripada pendirian Malaysia  yang berpegang kepada “two-state solution” dalam isu perang Israel-Palestin. Pendirian ini masih konsisten sehingga hari ini dengan tiga kali penegasan oleh Wisma Putra bahawa Malaysia menyokong penyelesaian Two State Solution. Pendirian yang mengelirukan dalam isu Israel-Palestin ini akhirnya menzahirkan tindakan yang tidak memihak kepada Palestin kerana dalam masa yang sama, kerajaan  juga menjalin kerjasama bersama proksi-proksi Zionis Israel.
  3. Ini bukanlah kali pertama tindakan menormalisasikan Zionis Israel di dalam negara.  Sebelum ini,  DSA MALAYSIA dengan sokongan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan pameran teknologi pertahanan terkemuka, Defense Services Asia Exhibition & Conference (DSA) dan National Security Asia (NatSec) 2024, yang dianjurkan oleh, di MITEC, Kuala Lumpur yang secara terang-terangan mempromosi dan memberi ruang kepada pembekal senjata rejim Zionis Israel yang sedang melakukan genosid di tanah air umat Islam Palestin. Syarikat seperti Lockheed Martin dan MBDA yang terbukti membekalkan senjata kepada Zionis Israel telah diberi peluang menjadi penaja utama terhadap pameran tersebut
  4. Mahasiswa juga tidak pernah melupakan insiden jemputan pensyarah pro-Zionis di UM, yang memberikan signal bahawa kemunculan aktor dan proksi Zionis seperti Bruce Gilley di negara ini bukanlah suatu kebetulan. 
  5. Satu per satu asakan normalisasi ini sepatutnya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Malaysia dan mahasiswa secara keseluruhannya. Oleh itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mewakili mahasiswa menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan p`erjuangan membebaskan Palestin dengan: 
  • Menolak sebarang bentuk normalisasi Zionis-Israel dalam negara, termasuklah hubungan berbentuk geo-politik, keselamatan, perdagangan dan lain-lain.
  • Menyatakan solidariti untuk membebaskan Palestin daripada kekejaman Zionis.
  • Sentiasa cakna dan berusaha memahami perkembangan semasa dalam negara terutamanya tindakan-tindakan yang diambil berkait perang Israel-Palestin. 
  • Berdoa, membaca Qunut Nazilah dan solat hajat memohon pertolongan Allah SWT kepada para Mujahidin di Palestin
  1. Pembina dengan konsisten menolak sebarang bentuk normalisasi Israel di dalam negara, dan menyeru seluruh mahasiswa untuk bangkit bersama-sama dan bersatu menolak normalisasi Israel.

Disediakan oleh Persatuan Belia Islam Nasional

8 Jun 2024, 1 Zulhijjah 1445H

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top