media

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo'

PEMBINA mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ di atas pemergian seorang serikandi muslimah, di mana pemergiannya meninggalkan butiran-butiran permata jasa bakti ke arah pembentukan masyarakat yang soleh. Peranannya sebagai pemimpin masyarakat telah dimainkan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab tanpa mengabaikan tugasnya di rumah sebagai isteri dan ibu. Kejayaannya mengimbangi kehidupan telah menjadikannya sebagai […]

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Read More »

Beliawanis jangan lesu ! – Hasni

BANGI 16 Julai – Naib Presiden 2 PEMBINA, Puan Nor Hasni Hayati dijemput oleh PEMBINA cawangan Bangi merasmikan program WARDAH ( Wanita, Ratu dan Harapan) Program yang sarat dengan aktiviti-aktiviti feminin seperti seperti peragaan fesyen, kursus solekan, persembahan nasyid, lakonan pentomin dan sebagainya itu dibuat di dewan tertutup sesuai dengan prinsip PEMBINA untuk melengkapkan jatidiri beliawanis

Beliawanis jangan lesu ! – Hasni Read More »

PEMBINA setuju Kedah tutup pusat hiburan sepanjang ramadhan

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyambut baik dan menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan operasi pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. PEMBINA melihat tindakan ini selari dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia bagi umat Islam. Kehadiran Ramadhan yang mulia ini sepatutnya dihayati dan digunakan sepenuhnya oleh seluruh umat Islam untuk memaksimakan ibadah kepada

PEMBINA setuju Kedah tutup pusat hiburan sepanjang ramadhan Read More »

Tahniah Imam Muda, Hassan Adli Yahaya

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan tahniah kepada Imam Muda (IM) Hassan Adli Yahaya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Imam Muda Astro Oasis musim 2011 ini. Sesungguhnya kemunculan ikon-ikon belia Muslim amatlah dinanti dan dialu-alukan masyarakat belia. Semoga IM Hassan dapat memanfaatkan kebolehan dan reputasi beliau untuk berkhidmat dan menambahkan kefahaman Islam kepada masyarakat terutama

Tahniah Imam Muda, Hassan Adli Yahaya Read More »

Parlimen Belia – Nafas Baru Kepada Belia?

Pada Sambutan Hari Belia yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk golongan belia. Antaranya adalah penubuhan satu parlimen yang dikhaskan untuk belia sahaja. Belia-belia ini akan menjadi suara belia dalam mengemukan sebarang cadangan kepada kerajaan. Sejurus selepas itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan agar

Parlimen Belia – Nafas Baru Kepada Belia? Read More »

Didikan Ramadhan

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! KemualiaanMu ya Allah Tuhan Maha Terpuji, Kemuliaan yang tidak mungkin sama sekali dapat diatasi, Indahnya hidup ini kerana diawasi,   OlehMu ya Allah yang Maha Tinggi. Ramadhan Engkau ya Allah hampir tiba kini, Datang Membawa Keberkahan yang tidak terperi, Panjangkan usiaku ya Allah ya Robbi,   Hingga ke titik akhir Ramadhan tahun

Didikan Ramadhan Read More »

Malam Pengenalan PEMBINA ILP Kangar

KANGAR –  Bertempat di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar, telah diadakan program Malam Pengenalan PEMBINA ILP Kangar. Program dimulai pada jam 10 malam dengan ucapan alu-aluan dari Jawatankuasa Aktivis Mahasiswa PEMBINA Perlis, Encik Syed Aizuddin bin Tuan Sembak yang juga pensyarah di ILP sendiri bagi menerangkan tujuan dan matlamat program pada malam tersebut.

Malam Pengenalan PEMBINA ILP Kangar Read More »

Rancangan Ustazah Pilihan Harus Jaga Batas Penampilan

Sebuah rancangan realiti tv yang bakal dipaparkan melalui ASTRO OASIS yang diberi nama “Ustazah Pilihan” menonjolkan pencarian calon-calon muslimah ikon yang memiliki kemahiran-kemahiran dari aspek kepimpinan, pengurusan, pendidikan dan sebagainya. Pertandingan berkonsepkan realiti TV ini diadili melalui tugasan-tugasan teori dan praktikal sepanjang program ini. PEMBINA melihat rancangan ini sebagai sebuah medan yang sesuai untuk melahirkan

Rancangan Ustazah Pilihan Harus Jaga Batas Penampilan Read More »

Memperkasakan Jatidiri Beliawanis

Jatidiri yang ingin dibentuk dalam diri seorang beliawanis merupakan sebuah keperibadian syumul yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan diri sendiri dan orang lain. Jatidiri yang ideal tidak terletak kepada fizikal semata-mata tetapi merangkumi kepimpinan, kemahiran yang seimbang dan kestabilan emosi dan kekuatan spiritual. Kepimpinan adalah kemahiran asas yang harus diasah oleh seseorang beliawanis. Ini kerana, hanya

Memperkasakan Jatidiri Beliawanis Read More »

Scroll to Top