PEMBINA mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ di atas pemergian seorang serikandi muslimah, di mana pemergiannya meninggalkan butiran-butiran permata jasa bakti ke arah pembentukan masyarakat yang soleh.
Peranannya sebagai pemimpin masyarakat telah dimainkan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab tanpa mengabaikan tugasnya di rumah sebagai isteri dan ibu.
Kejayaannya mengimbangi kehidupan telah menjadikannya sebagai tokoh yang dijadikan sumber rujukan. Semoga Allahyarhamah diganjari oleh Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.
Puan Nor Hasni Hayati
Naib Presiden II
Persatuan Belia Islam Nasional