Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan tahniah kepada Imam Muda (IM) Hassan Adli Yahaya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Imam Muda Astro Oasis musim 2011 ini. Sesungguhnya kemunculan ikon-ikon belia Muslim amatlah dinanti dan dialu-alukan masyarakat belia.
Semoga IM Hassan dapat memanfaatkan kebolehan dan reputasi beliau untuk berkhidmat dan menambahkan kefahaman Islam kepada masyarakat terutama golongan muda.