KANGAR – Bertempat di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar, telah diadakan program Malam Pengenalan PEMBINA ILP Kangar.
Program dimulai pada jam 10 malam dengan ucapan alu-aluan dari Jawatankuasa Aktivis Mahasiswa PEMBINA Perlis, Encik Syed Aizuddin bin Tuan Sembak yang juga pensyarah di ILP sendiri bagi menerangkan tujuan dan matlamat program pada malam tersebut.
Program dihangatkan dengan persembahan akustik dari kumpulan nasyid PEMBINA Perlis sendiri iaitu Kumpulan Sofwah yang baru-baru ini telah memenangi naib johan pertandingan nasyid peringkat kebangsaan di program Perhimpunan Sejuta Belia yang lalu.
Program dihadiri dalam lingkungan 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan pensyarah ILP sendiri.
Saudara Hamzah bin Sakeran, Ketua Cawangan PEMBINA Perlis seterusnya mengisi slot pengenalan PEMBINA kepada warga ILP melalui pembentangan slaid yang menerangkan dengan lebih jelas gambaran umum tentang PEMBINA.
Program diakhiri dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Sofwah yang mengalunkan dua buah lagu bagi melengkapkan keserian program tersebut.
Media PEMBINA Perlis