Penganjuran MTV World Stage Menular Budaya Hiburan Melampau
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) membantah penganjuran MTV World Stage yang bakal dianjurkan di I-City Shah Alam pada 24 Julai 2011. Penganjuran konsert antarabangsa sedemikian mengundang kerisauan terhadap penularan budaya-budaya negatif terutama yang berkaitan hiburan melampau. Tidak dinafikan, jiwa belia sememangnya tertarik ke arah konsep-konsep hiburan kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengekspresi diri.
