PEMBINA Merapati Belia, Bukan Menjauhi – SUA

JOHOR BAHRU, 4 Jun 2011 – Setiausaha Agung PEMBINA, Ust Salman Abdul Rahman menjelaskan bahawa PEMBINA sentiasa mengambil pendekatan merapati pelbagai lapisan belia, bukan menjauhi mereka dan menumpu semata-mata kepada belia berfikiran Islamik. Demikian ujar beliau dalam satu pertemuan khas antara wakil Jawatankuasa Pusat (JKP) PEMBINA dengan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) PEMBINA Johor.

 

Beliau menerangkan bahawa tidak banyak persatuan Islam mengambil pendekatan sedemikian walaupun golongan berpandangan neutral menjadi majoriti dalam populasi belia di Malaysia. Beliau menganggarkan terdapat lebih 6 juta belia di Malaysia yang tidak berpersatuan dan berpendirian atas pagar, namun mempunyai banyak potensi dan kualiti-kualiti yang hebat. Atas sebab itu, PEMBINA berhasrat untuk bersama-sama semua lapisan belia untuk mengajak mereka menghayati dan menerapkan nilai-nilai jatidiri sebagai belia Muslim dalam usaha menjadi warganegara yang berperanan secara proaktif dan produktif.

 

Turut serta dalam Lawatan JKP ke PEMBINA Johor adalah Naib Presiden I Aizuddin Khalid, Naib Presiden II Nor Hasni Hayati Hanapi dan JK Informasi Tengku Asyraf Tengku Mohmed Noor Izam.

 

 

Media PEMBINA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top