PEMBINA Wadah Membangun Diri – Naib Presiden I

JOHOR BAHRU, 4 Jun 2011 – Naib Presiden I PEMBINA Aizuddin Khalid menegaskan bahawa penubuhan PEMBINA adalah sebagai wadah untuk membangunkan diri belia bukan semata-mata sebagai persatuan berdaftar dan bernama atau sekadar untuk mengisi masa lapang belia. Beliau menjelaskan bahawa matlamat PEMBINA adalah untuk membangunkan  kepimpinan, ketokohan, kemahiran berorganisasi, berurusan dengan pihak luar dan memperjuangkan agenda dikalangan belia.

 

Naib Presiden PEMBINA itu membuat penegasan sedemikian dalam ucapan pembukaannya dalam majlis pertemuan wakil JKP PEMBINA dengan AJK PEMBINA Johor. Beliau lantas menyeru semua ahli PEMBINA, terutama pimpinan di cawangan dan negeri agar mengambil peluang atau kesempatan ini untuk membangunkan diri melalui penerapan nilai-nilai dan kemahiran tersebut serta disiplin berorganisasi.

 

Dalam ucapannya juga, Aizuddin turut menekankan keperluan pimpinan-pimpinan PEMBINA agar bersikap berani dan mampu menanggung beban-beban persatuan. Ini kerana pimpinan PEMBINA menjadi barisan pertama yang menjadi representasi dan pendokong kepada agenda persatuan. Dengan itu, Aizuddin berharap agar pimpinan-pimpinan PEMBINA mempersiapkan diri untuk memacu persatuan dan berhadapan dengan cabaran-cabaran mendatang.

 

Turut serta dalam Lawatan JKP ke PEMBINA Johor adalah Naib Presiden II Nor Hasni Hayati Hanapi, Setiausaha Agung Ust Salman Abdul Rahman dan JK Informasi Tengku Asyraf Tengku Mohmed Noor Izam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top