PEMBINA Sambut Baik Penubuhan SPKGD

PEMBINA menyambut baik penubuhan Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai ABIM, ISMA dan PUM. PEMBINA melihat kerjasama antara ketiga-tiga NGO ini amat bersejarah, bermanfaat dan penting untuk kelangsungan dan kekuatan umat Islam dalam jangka panjang di Malaysia.

Persepakatan ini juga amat unik dan versatile kerana ianya merentas pelbagai lapisan umur dari golongan belia kepada veteran, serta merentas bidang kepakaran dari bidang professional, akademia, serta ulama’ agama. Diharap, persepakatan ini dapat menjawab dan membawa seruan penyelesaian kepada banyak isu tempatan dengan suara yang lebih kuat.

Persepakatan ini juga mampu menjadi model semangat kerjasama dan kesepakatan yang boleh dicontohi oleh NGO-NGO, terutama NGO-NGO belia. PEMBINA yakin bahawa persefahaman dan kesepakatan akan banyak membawa manfaat langsung kepada masyarakat dan pembangunan negara. PEMBINA sentiasa percaya dengan keterbukaan ruang kerjasama disamping merai kepelbagaian pandangan serta mengiktiraf sumbangan-sumbangan semua pihak yang telah dan mampu membangunkan bangsa, negara dan agama.

 

Aizuddin Khalid

Naib Presiden I

Ketua Penerangan PEMBINA

 

Sumber gambar : http://www.flickr.com/photos/fotoisma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top