Himpunan Sejuta Belia Bukti Belia Malaysia Berkualiti – SUA

 

Ust Salman menerangkan fokus PEMBINA

PUTRAJAYA, 29 Mei 2011 – Satu wawancara bersama Setiausaha Agung PEMBINA, Ustaz Salman Abdul Rahman telah berlangsung di booth pameran PEMBINA di Himpunan Sejuta Belia. Wawancara tersebut adalah bagi memperkenalkan PEMBINA dan menerangkan perkembangan semasa PEMBINA.

Ustaz Salman menerangkan bahawa fokus utama PEMBINA adalah dalam membangunkan jatidiri belia Muslim di Malaysia dengan menggarap potensi dan tenaga-tenaga belia kepada program dan aktiviti kebeliaan yang dijalankan dengan pendekatan dan semangat Islam. Beliau menegaskan bahawa masalah sosial yang berlaku dikalangan belia berpunca dari hilangnya jatidiri dan sifat belia sejati sedangkan belia mempunyai kemampuan besar untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara.

Namun, beliau mengulas bahawa kemampuan sejuta belia berhimpun di Putrajaya membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai kualiti-kualiti hebat seperti proaktif, bertenaga, mempunyai banyak idea dan mampu berkorban.­ Oleh itu, kekuatan dan kelebihan belia ini harus dihalakan dengan betul agar menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

Wawancara tersebut telah dihos oleh Mohd Hamdan Mohd Sharif, AJK PEMBINA Shah Alam dan berjaya menarik perhatian hadirin sekeliling.

Hamdan bertanya soalan kepada Ust Salman

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top