BANGI, 11 Jun 2011 – Kunjungan rombongan beliawanis PEMBINA Melaka ke Pejabat Pusat PEMBINA disambut sendiri oleh Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim dan Sekretariat Beliawanis Roszida Kamaruddin. Presiden PEMBINA dalam ucapannya kepada perwakilan dari Melaka itu telah menjelaskan perancangan semasa dan akan datang PEMBINA untuk memacu aktivisme mahasiswa di institusi pengajian tinggi.
Norzafry menegaskan bahawa PEMBINA amat mengambil berat soal pembangunan ahli.ย Ini kerana kualiti serta kuantiti ahli adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan agenda PEMBINA untuk memacu aktivisme mahasiswa. Norzafry menekankan elemen-elemen seperti berkorban, mengenalpasti keutamaan, serta bersegera dalam kebaikan sebagai ciri-ciri yang perlu ada pada ahli PEMBINA.
Rombongan seramai 16 ahli PEMBINA dari Melaka itu berkesempatan beramah mesra dengan JKP PEMBINA sebelum ย majlis makan tengahhari bersama.
-Media PEMBINA-