إنا لله وإنا إليه راجعون
Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) mewakili seluruh ahli dengan rendah dirinya merakamkan ucapan takziah kepada Saudari Nurul Farhana Abdul Rahman, Setiausaha Cawangan PEMBINA The University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) atas pemergian ayahnya yang tercinta awal pagi tadi. Beliau merupakan pelajar Tahun 1 B.Sc Psychology and Cognitive Neuroscience di universiti tersebut. Semoga beliau dan keluarga terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh ayahnya mudah-mudahan ditempatkan dalam golongan orang beriman hendakNya.
Ingatlah:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
“Sesungguhnya setiap insan itu pasti akan merasai kematian.”