PEMBINA persoal peranan Marina Mahathir dalam tuntutan COMANGO

Bangi, 12 Nov – PEMBINA mempertikaikan kenyataan Datin Paduka Marina Mahathir, ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SIS) yang menafikan peranan beliau dalam tuntutan-tuntutan Coalition of Malaysian NGO (Comango) ke Geneva termasuk tuntutan mencabar kedudukan agama Islam, hak LGBT dan lain-lain.

PEMBINA berasa hairan dengan penafian tersebut dan ugutan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang menyebarkan 70,000 flyers di masjid-masjid di seluruh Malaysia yang mendedahkan ancaman tuntutan COMANGO dan dalang-dalang di sebalik COMANGO termasuk Marina.

Entri-entri Twitter peribadi Marina sebagaimana yang didedahkan oleh Dato’ Zainul Rijal, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), membuktikan sebaliknya apabila Marina secara konsisten beliau mempromosikan perkembangan tuntutan COMANGO di Geneva baru-baru ini.

“Walaupun (Marina) bertindak mengugut dan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap ISMA, rakyat Malaysia tidak akan mudah terpedaya dengan permainan licik Marina dan konco-konconya dari kalangan pejuang liberalisme,” ujar Ustaz Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agung PEMBINA.

Tambah beliau, generasi muda yang hari ini terdedah kepada keterbukaan media sosial dan internet adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan slogan-slogan palsu hak asasi manusia yang mereka perjuangkan. Sedangkan apa yang terselindung adalah mereka ingin menggugat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara, sekaligus mengancam akidah umat Islam.

PEMBINA persoal peranan Marina Mahathir dalam tuntutan COMANGO

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top