Temuramah bersama Noor Hamizah, ahli PEMBINA Batu Pahat yang mendapat Anugerah Naib Canselor di Istiadat Konvokesyen UTHM ke-19.

1) Boleh memperkenalkan diri anda terlebih dahulu? Nama, kursus dan asal usul.
Nama saya Noor Hamizah binti Ismail. Kursus yang diambil ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan kepujian. Saya berasal daripada Tangkak Johor.
2) Apakah yang mendorong semangat anda sepanjang pengajian?
Sepanjang bergelar mahasiswa, yang sentiasa menjadi penguat semangat saya untuk terus belajar ialah ibu bapa dan adik beradik serta sahabat. Mereka sentiasa menberi nasihat dan kata-kata semangat disaat saya rasa penat dan letih dalam menuntut ilmu.
3) Apakah cabaran terbesar anda sepanjang pengajian?
Cabaran terbesar yang paling dirasai ialah dalam menyiapkan projek sarjana muda kerana saat ini masalah kewangan serta kekangan masa untuk aktiviti lain sangat menguji diri.
4) Anda sebagai seorang ahli PEMBINA, bagaimana anda menguruskan masa antara akademik, urusan peribadi, kokurikulum dan tarbiah?
Menjadi ahli PEMBINA telah melatih saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin, lebih menghargai masa dan menjadikan saya pandai untuk membahagikan masa sebetulnya. Dalam menguruskan masa antara akademik, urusan peribadi, kokurikulum dan tarbiah, pertama saya sentiasa memastikan saya mempunyai planner. Dengan planner saya dapat merancang aktiviti saya dengan lebih teratur. Saya sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan seawal yang boleh bagi memastikan saya dapat menghadiri program2 PEMBINA dan usrah.
5) Apakah harapan anda kepada mahasiswa-mahasiswi yang sedang struggle dalam pengajian mereka?
Harapan saya kepada semua mahasiswa/i, jangan membuang waktu kalian dengan hanya pergi ke kelas dan balik bilik. gunakan kesempatan anda sebagai seorang mahasiswa/i untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan jati diri dengan mengikuti program2 yang diadakan. Anda semua juga patut terlibat dalam program/aktiviti yang dapat membina iman serta menjadikan kita mahasiswa yang lebih berakhlak mulia. Zaman mahasiswa ini merupakan peluang anda membentuk diri menjadi belia yang lebih berkualiti. Gunakan peluang ini.