Rendah diri dan bersungguh-sungguh kunci kejayaan ahli PEMBINA Batu Pahat raih Anugerah Naib Canselor

Batu Pahat, 21 Oktober – Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuktikan bahawa kecemerlangan akademik yang diperolehi tidak pernah dihalang oleh penglibatannya dalam beraktivisme bersama PEMBINA Batu Pahat serta menyertai pelbagai program tarbiah sepanjang pengajiannya.

Nurul Amalina Binti Rosli, ahli aktif PEMBINA Batu Pahat menerima Anugerah Naib Canselor di Istiadat Konvokesyen UTHM ke-19 yang berlangsung di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM, Parit Raja. Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan akademik kelas pertama.

Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) melebihi 3.75. Sepanjang pengajian beliau di UTHM, beliau telah terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti sukan, kepimpinan dan akademik.

Ketika ditemuramah, Nurul Amalina menyatakan bahawa “sehingga kini saya masih belajar untuk menguruskan masa dengan sebaiknya . Dalam hidup pasti kita pernah buat silap terutamanya dalam menguruskan masa namun jangan biarkan kesilapan membuatkan anda berputus asa dan meninggalkan dakwah dan tarbiah sebaliknya perbaiki diri dan minta nasihat orang yang lebih berpengalaman dan arif contohnya para qudamak atau para pendidik.”

Beliau juga berharap agar mahasiswa yang masih berusaha dalam pengajian semua dapat bergraduasi dengan keputusan yang cemerlang.

“Jangan lupa doa,  usaha ikhtiar dan tawakal (D.U.I.T). Jangan berputus asa , berusaha selagi ada masa, berbakti kepada ibubapa dan keluarga , hormatilah para pendidik dan murabbi,  sentiasa merendah diri, dan tidak lokek  berkongsi ilmu,  menyokong dan rakan-rakan seperjuangan . Letakkan Allah yang pertama dalam setiap apa yang kita lakukan.  Disamping belajar , gunakan masa anda sebaiknya dengan melakukan sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk ummah seluruhnya antaranya dengan menyertai PEMBINA,” katanya lagi.

Disediakan oleh :

Najmuddin bin Mohd Faudzir

Ahli media PEMBINA Batu Pahat

Haziq Hamid

Author Haziq Hamid

More posts by Haziq Hamid

Leave a Reply