PEMBINA MENGUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA BARISAN KABINET YANG BAHARU DILANTIK

Persatuan Belia Islam Nasional mengucapkan sekalung tahniah dan takziah di atas taklifan serta tanggungjawab yang diberikan kepada barisan kabinet baharu. Barisan kabinet baharu ini memperlihatkan Perdana Menteri mengotakan janjinya dengan melantik anggota Jemaah Menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Ucapan khas juga ditujukan kepada YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), YB Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin (Menteri Pendidikan) dan YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) di atas perlantikan sebagai ahli Kabinet. Kementerian-kementerian ini merupakan kementerian yang sentiasa berurusan rapat bersama Pembina yang berdaftar sebagai persatuan belia.

Harapan kami semoga barisan kabinet yang baharu ini dapat terus menjalankan amanah yang diberikan untuk membawa negara ke arah yang lebih sejahtera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top