Isra’ Mikraj: Daie perlu ikat diri dengan Solat

Solat di awal waktu dan khusyuk merupakan satu kemestian buat para duat. Solat merupakan hubungan langsung seorang hamba dengan Tuhan. Daie yang menjaga baik hubungannya dengan Allah akan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia.

Solat merupakan sumber kekuatan. Hanya daie yang khusyuk dalam solat mampu bersabar dengan perit jerih dakwah. Kita tidak sabar dengan kesusahan dakwah kerana kita tidak khusyuk solat. Kita tidak bersungguh-sungguh kerana Allah tidak mencampakkan kekuatan dalam solat yang tidak khusyuk.

Perjalanan Rasul junjungan dalam peristiwa isra’ mikraj cukup menggambarkan kepentingan ibadah solat. Semoga kita menjadi daie yang sentiasa menjaga solat. Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Rasulullah) pada malam yang penuh keberkatan.

Salehuddin Asyraf

Naib Presiden 1 

Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top