Tahniah : Ahli-ahli PEMBINA terima Anugerah Cemerlang di Universiti Malaya dan IPBMM

Rasulullah SAW bersabda, ” Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang apabila melakukan sesuatu, dia laksanakan dengan penuh ketekunan.”

PEMBINA sebagai sebuah persatuan belia sangat menitikberatkan aspek kecemerlangan akademik di kalangan ahli-ahli. Kecemerlangan di dalam pelajaran merupakan aset penting buat pembangunan dan pembinaan ummah yang gemilang.

PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli PEMBINA di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia yang telah menerima anugerah-anugerah kecemerlangan pada 2 November 2010 baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada Sayidah Nafisah Md. Isa, Athiratunisa’ Salleh, Farrah Adibah Azman dan Noor Haslinda Shaharuddin yang masing-masing pelajar Semester Akhir IPBMM telah menerima Anugerah Pengarah. Manakala Nadiah Mohamad Sani yang juga merupakan pelajar Semester Akhir telah menerima Anugerah Sijil Prestasi Cemerlang.

 

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ahli-ahli PEMBINA di Universiti Malaya iaitu Badrulzaman Suhaili, Amin Ribbang, Izzuddin Helmi, Hasem Almuddin dan Kharizul Packir Mohamed yang telah menerima Anugerah Dekan. Kesemua mereka merupakan pelajar tahun 4 di UM kecuali Kharizul Packir yang merupakan pelajar tahun 3 di UM.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top