Arau, 9 Oktober- PEMBINA Perlis turut sama menjayakan ‘Career Talk : Apa Kata Anda?’ anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. Dalam forum ini, 2 orang panelis jemputan merupakan aktivis PEMBINA iaitu Sdr Fathullah Akmal Khalid, ahli PEMBINA Perlis dan Sdr. Norzafry Norhalim, Timbalan Presiden PEMBINA. Forum tersebut turut menampilan En Farhan Johari dari Good Grade Consultant.
Sesi yang berlangsung selama 3 jam ini juga telah dijadikan bahan rakaman projek tahun akhir pelajar kursus Jurusan Media Digital (Video & Pengajian Filem) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. Forum yang menyentuh tentang persediaan pelajar untuk menghadapi alam kerjaya ini telah berjaya mengumpulkan sekitar 100 orang pelajar dari institusi-institusi pendidikan di Perlis termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau dan Kolej Komuniti.
Puan Maznah Hassan, Kaunselor Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam komentar beliau berkata, “Kami cukup berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh PEMBINA bagi menjayakan program ini. Sesi sebegini penting bagi memastikan pelajar tidak mengalami kejutan apabila mula menempuh alam kerjaya nanti.”
PEMBINA mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyumbang dalam program ini. Diharapkan agar hubungan erat di antara Tuanku Syed Sirajuddin dan PEMBINA Perlis akan dapat disuburkan dan dimanfaatkan ke arah pembangunan generasi belia di masa akan datang.
semoga hubungan makin erat