Tabung Kecemasan Banjir PEMBINA

 

Bagi meringankan beban sahabat-sahabat yang dilanda musibah banjir di beberapa negeri zon utara dan pantai timur, PEMBINA telah melancarkan Tabung Kecemasan Banjir PEMBINA. Untuk menyumbang ke Tabung Kecemasan Banjir PEMBINA, anda boleh ‘bank-in’ sumbangan anda ke akaun berikut (562142713006) dan memaklumkan jumlah sumbangan kepada Saudara Ahmad Syukri Ismail, Bendari PEMBINA di talian 013-628 8151.

Mari bersama-sama kita meringankan beban yang telah menimpa sahabat-sahabat kita. Ujian dan dugaan ini sebenarnya diberikan Allah bukanlah semata-mata kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan banjir ini, tetapi Allah sedang menguji kita semua, sejauh mana kita merasai keperitan dan kesusahan yang menimpa mereka di zon-zon yang dilanda banjir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top