Seminar Kenali Diri Anda

seminar kenali diri anda

Kok Lanas: 8 Ogos, Seminar Kenali Diri Anda telah diadakan dengan jayanya di Dewan Al- Ghazali, Politeknik Kota Bharu. Seramai 223 orang peserta daripada pelajar semester tahun 1 telah mengikuti seminar ini . peserta-perempuan1 Sebahagian daripada pelajar perempuan Seminar ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan bersama dengan Kelab AMRU Politeknik Kota Bharu. Motif utama seminar ini diadakan ialah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bermula dengan persoalan siapa kita? Dari mana kita datang? Kenapa kita dijadikan? Dan ke mana kita akan kembali? Serta beberapa persoalan iringan menjadi tajuk utama pembentangan ceramah ini. Pembentangan yang berjaya menarik minat keseluruhan peserta itu telah disampaikan oleh Puan Mailan Mat Nawi yang merupakan pensyarah di politeknik tersebut juga merangkap penasihat (Wanita) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kelantan.

Penyampaian oleh Puan Mailan Mat Nawi
Semoga seminar seperti ini mampu membina keyakinan diri pelajar dalam memahami erti sebenar hidup beragama dan yakin dengan Deen ini. Unit Media PEMBINA Kelantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top