Qiamullail Belia Perak

perak

Pada 18 Julai yang lalu, PEMBINA Perak sekali lagi berjaya menjalankan program ‘Qiamullail Bersama’ anjuran PEMBINA sendiri dengan kerjasama pihak Masjid Muhibbuddin Syah, Ipoh. Program bermula sejurus selepas solat Isya’ didirikan secara berjemaah di Masjid tersebut, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Masjid Hospital’. Sebuah pengisian Ilmiah yang disampaikan oleh Ustaz Shahruzzaman b. Bustamam kemudian menyerikan dan memanaskan program yang selangkah bermula. Pengisian bertajuk ‘PALESTIN, Bumi Israk Mikraj’ yang disampaikan kepada para peserta dan jemaah masjid bersempena peristiwa Isra’ mi’raj yang bakal disambut memang sangat biasa bagi Ustaz Shahruzzaman. Selesai ceramah padat, para peserta kemudian bersama-sama bertaaruf di dalam sesi ‘Ice Breaking’ yang dijalankan di dewan utama masjid. Hassan AlBanna di dalam wasiatnya yang ke-10, “Wahai Saudara Ku, berkenalan lah dengan sesiapa yang kau temui. Kerana asas kepada dakwah kita ialah, berkenal-kenalan dan kasih sayang”. Sebelum sesi tadarrus, peserta dihidang dengan kudapan bertenaga berisi karipap dan teh tarik ipoh. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk yang telah diberi bagi sesi tadarrus ringkas sebelum malam berlabuh.

Seawal jam 430 pagi, peserta telah dikejutkan untuk program qiamullail. Dendangan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh para imam menusuk ke hati para peserta mewujudkan suasana yang dingin. Selesai solat subuh berjemaah dan tazkirah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Razmi b. Musa, para pesrta diberikan Pemeriksaan Rawatan secara percuma olah ahli PEMBINA yang datang dari kalangan penuntut di Kolej Perubatan Ipoh, Perak. Selepas sesi fotografi kenangan, program bersurai dengan hati dan jiwa peserta program telahpun dipenuhi dengan sinaran qiamullail dan cahaya zikir munajat. Semoga program ini dapat memberi ifadah dan dapat diadakan lagi di masa akan datang, InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top