BANGI, 23 Apr – Retreat Multaqa Tajmik Nasional (MULTINAS) anjuran PEMBINA Pusat pada Sabtu yang telah berjaya membawa solusi tajmik baharu alam Universiti.
“Objektif MULTINAS ini ialah bagi Memperkasakan strategi dan pelaksanaan projek kemenjadian ahli PEMBINA itu sendiri,” ulas saudara Hassriq Hafize, Ketua Pembangunan Sumber Manusia (PSM) cawangan Gombak.
“Pengisiannya begitu santai tapi sungguh berisi. PSM seluruh cawangan berpeluang untuk duduk bersama dan berkongsi pendapat antara satu sama lain,” ujar beliau lagi.
MULTINAS mendapat sambutan yang begitu baik daripada kalangan pimpinan PEMBINA.
“Pendedahan strategi pengkaderan yang dikongsikan sangat praktikal untuk diaplikasikan di seluruh cawangan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” kata saudari Raihana Azhari, salah seorang peserta MULTINAS.
“Semoga setiap Ketua PSM cawangan dapat memahami setiap perancangan, tindakan dan pemantauan dalam setiap aspek gerak kerja PSM” kata Hassriq pada akhir program tersebut.