Batu Berendam, 24 Ogos – “Remaja muslim harus memperkuat jatidiri yang menjadi identiti yang teguh agar tidak mudah dipengaruhi dan dirosakkan oleh budaya dan pengaruh luar. Bahkan remaja dan belia muslim yang seharusnya menjadi ikutan dan mempengaruhi remaja2 di negara luar” ujar saudari Roszida Kamaruddin dalam sebuah forum bertajuk ‘Jatiditi remaja cemerlang belia harapan masa depan’ semalam.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden 2 PEMBINA telah dijemput bagi menjadi salah seorang ahli panel forum bagi progam Ibu bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC) anjuran Biro Keluarga & Masyarakat ISMA Cawangan Melaka. Program yang berlangsung setengah hari itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad Batu Berendam, Melaka.
“Remaja Muslim wajar mencontohi keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah menjadi pemimpin negara ketika usia muda. Baginda dididik agar bercita-cita tinggi sejak dari kecil untuk membebaskan Kota konstantinopel sehingga akhirnya mampu merealisasikan hadis Rasulullah SAW setelah 800 tahun berlalu” ujar beliau lagi.
Beliau turut menyeru ibubapa agar sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam menghadapi kepada pelajar sekiranya menghadapi kegagalan agar mereka mampu bangkit dan seterusnya mencapai kecemerlangan yang dicita-citakan. Turut bersama di dalam forum tersebut adalah Ketua Beliawanis PEMBINA Melaka sebagai moderator dan ahli panel Ust. Suhaib Ar-Rumy Selamat serta YDP ISMA Melaka En. Amru Borhan.
Program yang dihadiri 60 orang pelajar dan ibu bapa itu berakhir pada jam 2.00 petang.