Takziah di atas pemergian arwah Abu Qasim Nor Azmi

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Sesungguhnya hanya kepada Allah kita diciptakan, dan hanya kepada Allah kita dikembalikan.

Jawatankuasa Pusat PEMBINA dan seluruh ahli mengucapkan takziah kepada sahabat-sahabat pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) diatas pemergian saudara Abu Qasim Nor Azmi mantan SUA PKPIM 2010-2011 semalam (17/8/2014)

Sesungguhnya, banyak jasa yang telah dilakukan oleh arwah dalam mewarnai arena gerakan mahasiswa islam di Malaysia. Kehilangan ini pasti memberi contoh kepada semua aktivis kampus untuk menggerakkan lagi gerakan mahasiswa ini.

Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat para mukmin. Benarlah kata pepatah melayu “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Jasa dan perjuangan arwah akan dikenang dan diteruskan oleh lapisan yang akan datang. Seorang pejuang yang gugur, akan menghidupkan seribu pejuang yang baru.

Semoga arwah ditempatkan bersama para anbiya’, syuhada’ dan solihin.

Amin.

Al-Fatihah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top