"Andalah Yang Mencorakkan Masa Depan Belia" -Dr. Kamil

drkBangi, 29 Mac – Pembentukan belia sebahagian besar bergantung kepada suasana dan persekitaran. Oleh itu pengaruh rakan-rakan sebaya menjadi faktor kritikal dalam mencorakkan akhlak dan sikap seseorang.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Dr Kamil Azmi Tohiran berkata, ibu bapa hakikatnya hanya meluangkan peratus masa yang kecil sahaja bersama anak-anak. Selebihnya anak-anak akan banyak bersama dengan rakan-rakan mereka baik di sekolah mahupun dikejiranan.

“Melihat situasi belia masakini yang diulit pelbagai gejala, saya berasa cukup risau apabila memikirkan tentang masa depan anak-anak saya. Inilah yang menjadi antara pendorong bagi saya untuk


terjun bersama-sama anda semua, mendidik & membentuk para belia bagi memastikan anak-anak pada masa ini akan dapat membesar dalam suasana yang terjaga akhlaknya” katanya semasa berucap di hadapan seramai 30 orang Sukarelawan PEMBINA di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Majlis “Gathering Sukarelawan” tersebut telah dianjurkan buat julung kalinya oleh Biro Sukarelawan PEMBINA yang diketuai oleh Sdr. Zainuddin Ghafar. Sdr. Mohd Nur Hakim Bahaman dari PEMBINA Shah Alam Klang pula telah bertindak sebagai pengerusi pada hari itu.

Selain memberi dorongan kepada para sukarelawan untuk bersama PEMBINA menghidupkan aktivisme belia, Dr Kamil juga menekankan betapa pentingnya program & aktiviti luar dan impaknya kepada pembentukan sahsiah belia.

“Ramai yang mampu bersyarah dan berteori tentang Kesabaran, tetapi segala teori ini akan dilihat perlaksanaannya secara realiti dalam aktiviti-aktiviti & program yang disertai. Disinilah setiap ciri asas dalam sahsiah individu islam itu dilentur dan dibentuk agar menjadi tabiat semulajadi” jelas Dr Kamil.

Turut menjadi agenda dalam majlis ini ialah tayangan video tentang PEMBINA, sesi suai kenal sesama Sukarelawan & Ahli PEMBINA, serta forum ringkas oleh Sdr. Zainuddin Ghafar & Dr Kamil.

Majlis berhenti sekitar jam 12pm dan hadirin kemudiannya makan tengah hari bersama-sama sebelum bersurai setelah solat Zohor.

 

[LAGI GAMBAR MENARIK DI GALERI]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top