Sukarelawan PEMBINA Bawa Remaja Kenali Palestin

Dungun, 21 Mac 2009 – Beberapa sukarelawan dan aktivis PEMBINA Terengganu telah berpeluang untuk turut serta dalam Karnival Sukan Remaja Muslim di Dungun. Mereka bukan datang sebagai peserta, tetapi meneruskan misi menyebar luaskan kesedaran dan keperihatinan masyarakat tempatan mengenai isu umat Islam sejagat.

 

Antara sukarelawan PEMBINA yang memberi peneranagan berhubung isu Palestin

Anatara sukarelawan PEMBINA yang memberi penerangan berkenaan isu Palestin

Pasukan sukarelawan ini telah telah diberi ruang oleh penganjur Karnival sukan tersebut untuk memberi penerangan ringkas terhadap isu Palestin di kalangan peserta dan hadirin yang datang di dalam karnival sukan tersebut. Walaupun isu Palestin telah mulai pudar, tetapi ia tidak akan pudar sama sekali bagi PEMBINA kerana seperti sabda nabi,

 

“man lam yahtam bi amril muslimin falaisa minna”

(barang siapa yang tidak mengambil tahu urusan orang muslim, maka dia bukanlah dari kalangan kami)


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top