PEMBINA tunjukkan solidariti terhadap Mesir

Wartawan– NurSabihah Mohtar

KUALA LUMPUR, 21 Julai-Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) telah menyertai Himpunan Aman Sokong Morsi yang telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Menurut Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan, penglibatan PEMBINA dalam perhimpunan aman semalam adalah sebagai tanda prihatin dan cakna dengan isu yang melanda Negara Islam.

“Tujuan kita berhimpun adalah untuk menunjukkan solidariti  kita kepada Presiden Mesir yang sah iaitu Dr. Morsi. Kita juga membantah campurtangan keji Amerika Syarikat (AS) yang telah memberikan  dana kepada kerajaan sementara Mesir yang haram itu sebagai menghalang kebangkitan sebenar rakyat Mesir yang mahukan Dr. Morsi sebagai presiden”, katanya.

pres1

Beliau turut bersyukur majoriti yang hadir adalah golongan belia yang cintakan Islam dan benci kepada AS.

“Sesungguhnya kita pemuda Islam memberi amaran kepada Amerika jangan sesekali masuk campur urusan negara Islam hatta jika Malaysia ingin melaksanakan Syariat Islam sekalipun”, ujar beliau yang turut berucap semasa demonstrasi tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir yang sah dan tentera segera berundur demi menghormati demokrasi dan keamanan penduduk Mesir.

Beliau juga sempat menitipkan pesan kepada belia Islam di Malaysia agar terus cakna tentang isu yang berlaku di Mesir.

morsi

“Ambillah pengajaran bahawa liberal tidak akan bersatu dengan Islam untuk memenangkan kebenaran. Bahkan liberal akan menghancurkan Islam demi memperjuangkan agenda mereka”, ujar beliau di akhir pertemuan.

Kemuncak kepada himpunan aman ini adalah penyerahan memorandum oleh Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya kepada wakil kedutaan AS di pejabat kedutaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Memorandum tersebut, mendesak kerajaan AS supaya menolak dan tidak mengiktiraf penubuhan Kabinet sementara Mesir sebagai kabinet yang sah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top