Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ibrahim Mohd. Hasan memberitahu, tuntutan COMANGO secara jelas menggugat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
“Walaupuntidak dilakukan secara terang-terangan, tuntutan supaya mengkaji semula akta membabitkan Mahkamah Syariah dan mempersoal kebebasan penganut Syiah dilihat sebagai usaha pertubuhan itu mengancam ajaran Islam yang sebenar,” katanya.
Sumber: Utusan, 14 November 2013