Muar – 14 Mac 2009: PEMBINA MELAKA dengan kerjasama Aman Palestin Melaka telah mengadakan pameran dan jualan produk Aman Palestin di Dewan Jubli Intan, Muar bersempena dengan Konsert Amal Youth For Palestin. Program ini dianjurkan oleh PUDIPANG, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh anak muda di sekitar Muar serta kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan serta Aman Palestin. Objektif program ini mengumpul dana bagi membantu rakyat palestin dan sumbangan akan disalurkan kepada Aman Palestin.
Seramai 5 orang sukarelawan dari Pembina Melaka, serta wakil dari Aman Palestin Johor Bahru turut membantu mengendalikan pameran dan gerai jualan. Bagi PEMBINA Melaka, program ini membuka satu dimensi baru dalam
dalam menyampaikan risalah Islam kerana golongan sasar adalah belia yang menyukai satu aliran muzik dan dalam masa yang sama ingin membantu rakyat Palestin.
Konsert tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengawai Daerah Muar. Pada majlis perasmian tersebut juga diserahkan Tabung Kutipan untuk rakyat Palestin.
PEMBINA Melaka berpandangan program tersebut berjaya menyampaikan mesej Islam kepada golongan sasaran, namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan bagi memberi kesedaran kepada golongan belia ini.
Dilaporkan oleh,
Zulkiplee Hassan
PEMBINA Melaka