Kelantan – Kembara Ke Universiti Islam Yala

Seramai 30 orang ahli PEMBINA cawangan kelantan telah menyertai suatu program Kembara Keimanan ke selatan Thailand . Tepat jam 9.00 pagi kami bertolak ke Imegresen Tak Bai. Hampir 2 jam kami menguruskan passport kemasukan ke Thailand. Perjalanan ke pattani mengambil masa lebih kurang satu jam lebih melalui lebuhraya Narathiwat. Kami tiba di destinasi utama iaitu Universiti Islam Yala pada jam 7.30 malam waktu Malaysia disambut oleh Ustaz Ismail Lutfi, Pengasas Universiti tersebut. kedatangan kami diraikan dengan penuh mesra dan kami dijamu dengan makan malam di kantin univesiti tersebut. Kemudian kami mendengar taklimat di bilik mesyuarat untuk sesi dialog mengenai sejarah universiti terulung tersebut. Kami difahamkan penuntut terdapat hampir 3000 orang penuntut di universiti tersebut yang terdiri daripada pelajar dari dalam mahupun dari luar negara. Pada hari berikutnya kami berpeluang menziarahi tokoh-tokoh ulama’ di sana. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia kami sempat menikmati keindahan air terjun Pachor di Pattani. Semoga kembara yang telah dirancang oleh PEMBINA cawangan kelantan ini memeberi selaut pengalaman dan kenangan memori yang indah kepada kami sehingga bertemu dengan Allah S.W,T.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top