GOMBAK, 27 Februari 2009 – Mahallah Safiyyah Representative Council dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan program kesihatan ” Stay Healthy, Feel Good, Look Great” khusus untuk pelajar perempuan bertempat di Multi-purpose Hall Mahallah Safiyyah, UIA. Program ini secara amnya bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar perempuan tentang kepentingan kesihatan. Dua slot yang telah dibentangkan bertajuk “How to Prevent Cancer” dan “Diet”. Program kali ini menampilkan dua orang penceramah yang mana salah seorangnya wakil PEMBINA iaitu Dr. Sharifah Razlina bt Tuan Muda (Hospital Ampang, Kuala Lumpur), manakala penceramah yang kedua ialah Nur Hidayah bt Mohd Som (Hospital Kuala Lumpur). Peserta yang hadir terdiri daripada ahli PEMBINA sendiri dan warga UIA. PEMBINA juga sempat membuka booth untuk sukarelawan bagi memperkenalkan PEMBINA kepada warga UIA dan membuka borang pendaftaran bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan PEMBINA. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh PEMBINA untuk berbakti kepada masyarakat kampus UIA.
Beliawanis GOMBAK Anjur Program Kesihatan
Peserta khusyuk mendengar pembentangan dari wakil Pembina
Pembentangan bertajuk “Diet”
Sesi pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh Pengetua Mahalah Safiyyah
Booth sukarelawan PEMBINA