PEMBINA Cabar Marina Letak Jawatan

BANGI, 11 November-Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini mendesak Marina Mahathir untuk letak jawatan daripada ahli lembaga Sister in Islam (SIS) sekiranya tidak terlibat dalam isu COMANGO. Tindakan itu adalah bertepatan dengan kenyataan beliau ketika memberi respon untuk menyaman Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana menjadi dalang COMANGO.

“Kita hairan bagaimana seorang ahli lembaga pengarah tidak terlibat dalam keputusan besar seperti COMANGO kemudian masih senang hati menjadi ahli lembaga pengarah.” ujar Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan. “Kita pun tertanya-tanya apa tugas Marina selaku ahli lembaga jika tidak terlibat dalam keputusan besar seperti itu (terlibat dalam COMANGO)”.

“Jika benar dia (Marina) tidak terlibat, saya cabar supaya beliau meletakkan jawatan dalam SIS oleh kerana pengurusan SIS telah membelakangkan ahli lembaga dalam membuat keputusan.” ujar beliau lagi.

Isu COMANGO menjadi isu hangat apabila dilihat sebagai mencabar dan menghina perlembagaan Malaysia. Secara tidak langsung, tuntutan COMANGO cuba untuk mempertikai Islam sebagai agama persekutuan dengan tuntutannya untuk mengkaji semula mahkamah Syariah, memperjuangkan LGBT dan memperjuangkan ajaran Syiah atas dasar hak asasi manusia.

1 thought on “PEMBINA Cabar Marina Letak Jawatan”

  1. PEMBINA jika dah buat salah,mengaku sajalah..Itu lebih meningkatkan integriti PEMBINA dgn mengaku salah..Tak perlulah suruh org tu buat itu ini utk corner2 dari membawa bukti tuduhan melulu..Jika menuduh,bawa bukti.Tu je.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top