Calon PEMBINA jadi teladan dalam Pilihanraya Kampus

Oleh : Mariah Mohtar

“Kita yakin bahawa calon PEMBINA yang telah ditarbiyah akan menjadi contoh kepada calon-calon Pilihanraya Kampus (PRK) lain seperti akhlak yang ditonjolkan dan manifesto yang mendokong projek Islamik di kampus ”, kata saudara Nor Aizat Rahimi Bin Rostam Rahimi, Jawatankuasa Sumber Manusia Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Hal ini kerana aktivis PEMBINA mempunyai acuan tarbiyah Islamiyah membawa satu agenda yang jelas dalam penglibatan mereka dalam PRK.

“Tarbiyah yang mereka lalui telah memberi satu sudut pandang yang luas kepada mereka dalam PRK untuk menjayakan projek Islamik di kampus masing-masing dalam memastikan kedudukan Islam diletakkan dikedudukan yang sepatutnya”, tegas penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komputer & Informasi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak ketika dihubungi wartawan PEMBINA.

Pada 19 Oktober yang lalu Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Bin Mohd Hasan mengumumkan penyertaan PEMBINA dalam PRK.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top