Dungun 29 September – Alhamdulillah, satu majlis jamuan raya ringkas telah diadakan oleh ahli Pembina Terengganu (Dungun) untuk beliawanis UiTM kampus Dungun. Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ di rumah salah
seorang ahli Pembina iaitu saudari ‘Ainul Huda Bt Jamil dihadiri oleh 13 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Fakulti Perhotelan.
Pelbagai juadah tela
h disediakan seperti ayam bakar, daging masak merah, nasi impit, kuew teow dan mee goreng serta beberapa jenis kek dan kuih. Sambil menikmati makanan yang terhidang, para pelajar berkenalan dengan ahli Pembina dan di antara satu dengan yang lain. Ada yang sudah lama mengenali, dan ada juga yang baru pertama kali berjumpa. Majlis meriah dan ceria apabila masing-masing bertukar cerita dan berkongsi pengalaman tentang pelbagai perkara. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 11 malam.
Program ini sedikit sebanyak dapat
meng’imarahkan bulan Syawal yang mulia ini dengan menggalakkan aktiviti kunjung mengunjung serta merapatkan silaturrahim di antara satu sama lain. Kemeriahan hari raya lebih bermakna apabila dapat dikongsi bersama