Bangi, 3 Oktober 2009– Dr. Kamil Azmi B. Tohiran menyeru semua belia untuk kembali kepada budaya hidup yang Soleh. Seruan itu suarakan ketika beliau berucap di Majlis Sambutan Hari Raya PEMBINA DHL di sini semalam.
” Di dalam hadis nabi S.A.W kehidupan ini seperti sebuah bahtera. Terdapat dua golongan, diatas dan dibawah. Orang dibawah yang memerlukan air akan meminta tolong kepada orang diatas untuk mengambilnya. Jika suatu hari, orang dibawah bercadang untuk terus menebuk lubang untuk mengambil air, dan tidak dihalang oleh orang diatas maka akan tenggelamlah bahtera itu. “
Katanya ketika berucap.
Beliau dengan tegas mahukan belia sedar bahawa persekitaran sekarang adalah tidak selamat dan menyeru agar belia bertindak. Beliau berkata ” Belia perlu bertindak, kita tidak mahu anak-anak kita nanti hidup didalam persekitaran yang tidak baik. Kita mahukan anak-anak yang soleh, hidup dan dibesarkan dalam biah solehah.”
Majlis Sambutan Hari Raya dianjurkan oleh PEMBINA DHL dan dihadiri kira-kira 200 orang belia sekitar Hulu Langat. Turut hadir ialah Dr Tajol Arifin b. Nordin, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.–Media Pusat