Kisah Pemuda Super

 

Jika dahulu sahabat saya pernah menukilkan Kisah Pemuda Super 1.0 yang benar, sangat-sangat super. Maka, sekali lagi saya berasa sangat terpanggil untuk menceritakan kembali kisah Ini.

Namun latar dan masa sedikit berbeza. Jika Kisah Pemuda Super 1.0, mengambil latar masa dan tempat pada zaman Generasi Pertama, maka Kisah Pemuda Super 2.0 ini akan mengambil latar masa dan tempat pada hari ini. Ya! Hari ini. Tidak percaya ? Teruskan membaca.

Sosok Belia Barat

Barat ?

Bukan fahaman westoksikasi yang cuba saya ketengahkan.

Anda mesti sedikit pening bukan? Usah pening. Begini;

Westoksikasi adalah seakan sama dan punya ikatan darah dengan ‘adik – beradiknya’ yang lain seperti pluralisme, hedonisme dan bermacam-macam lagi isme barat yang lain.

Namun…

Belia di barat tampak lebih berjaya walaupun mengagungkan westoksikasi ini. Kehidupan mereka boleh dikatakan 99.9% berpaksikan fahaman ini. Tetapi yang lebih menghairankan, mengapa mereka sangat – sangat berjaya tanpa berpegang pada Al – Quran dan As -Sunnah?

Di mana silapnya?

Kisah Pemuda Super 

Bila berbicara tentang pemuda Super alaf ini, wajah mana yang akan muncul dahulu dalam benak fikiran?

Jika seseorang itu gemar ber “muka buku” maka wajah Mark zuckerberg yang akan muncul dahulu bukan?

Jika mereka itu seorang yang gemar politik maka wajah Simon-Piere Diamond (seorang ahli politik termuda Kanada di daerah Quebec berumur 21 tahun) akan muncul dahulu bukan?

Potensi diri mereka digarapkan seawal usia muda belia lagi. Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka Pemuda Super penuh karisma dan wawasan.

Mereka memaksimakan potensi diri setelah benar – benar mengenali diri mereka. Mereka tahu apa yang mereka suka dan benar – benar tahu apa yang ingin dicapai.

Situasi belia di Malaysia 

Kesempatan berborak dan berkongsi pendapat dengan seorang rakan luar negara mengenai prospek kerjaya dan profesionalisme di Malaysia. Minda saya seakan benar-benar terbuka. Berapa banyak dari fakta itu yang saya sendiri tidak tahu dan terkejut ketika mengetahuinya.

Maaf, bukan ingin memburukkan sistem di Malaysia. Namun mungkin ada gelap yang perlu kita terangi sisinya. Selepas membuat beberapa siri ujian “Personaliti Diri Carl Jung”, saya mendapati bahawa, bidang yang sesuai untuk saya bukanlah dalam bidang sains seperti yang saya sedang ceburi. Opps! Bukan bermakna saya ingin menyuruh anda berhenti belajar. Tidak! Tetapi..

Seawal usia kecil lagi, kanak – kanak di Malaysia hanya disogokkan dan diterangkan dengan kerjaya – kerjaya famous kebiasaan. Seperti; Doktor, Jurutera, Saintis, Peguam dan lain-lain.

Tiada penerangan menyeluruh dibuat. Doktor dalam bidang apa? Jurutera apa? Saintis apa?

Dalam ketidaksedaran mereka, kanak – kanak ini membesar tanpa ada pengetahuan yang lain mengenai kerjaya seperti Jurnalis, Jurugambar, Pengarah Filem, Ilmuan agama. Langsung tidak tahu.

Kalau ada pun mereka tahu. Lantas ibu bapa akan melarang.

Kamu ingin makan apa dengan menjadi seorang wartawan ?

Lalu mereka simpan dalam – dalam cita mereka. Walaupun mereka sebenarnya punya bakat dan potensi diri.

Alangkah ruginya jika potensi diri ini kita simpan. Menurut John C. Maxwell dalam salah satu bukunya yang bertajuk ‘Make Today Count’ beliau ada menyebut bahawa;

Dengan memfokuskan perhatian kepada 20% peratus prioroti kita yang terpenting, kita akan mendapat pulangan hasil 80% daripada usaha kita (Pareto Rule)

Ini bermakna jika anda punya bakat dalam bidang penulisan, anda hanya perlu memfokuskan sebanyak 20% untuk mendapat hasil sebanyak 80%. Bukankah ini sesuatu yang membanggakan untuk ummah. Maka akan lahirlah penulis Islam atau wartawan Islam yang penuh integriti dan kejujuran dalam menyampaikan berita. Lihat?

Pemuda perlu ada Multi-skills

Terkesan dengan kata-kata seorang CEO muda yang juga merupakan pemilik bersama One Heart Creative Solution, Ahmad Huzaifah Syahril. Bagaimana bidang Engineering yang diceburinya itu ketika di bangku universiti tidak sedikit pun menghalang minatnya menceburi satu bidang baru iaitu perniagaan.

Lihatlah bagaimana minat + usaha bila dikolaborasikan bersama akan membentuk satu hasil yang luar biasa.

Jadi tidak hairanlah jika kita lihat pada hari ini, pelajar yang mengambil jurusan perubatan di universiti akan bekerja sebagai seorang Graphic Designer. Mungkin orang akan mengatakan mereka pelik namun, mereka sebenarnya seorang yang sangat Super kerana mengetahui potensi diri.

Namun itu tidak bermakna seorang pemuda tidak boleh menjadi seorang yang multiskills. Mungkin sesetengah orang itu melihat dirinya mampu berjaya dalam kedua – dua bidang. Mungkin ada sesetengah yang lain hanya akan memilih salah satu sahaja, bergantung.

Tetapi alangkah indahnya, jika kita mempunyai seorang Ustaz yang serba boleh, setakat rumus biologi, dengan mudah dapat diterangkannya. Begitu juga dengan seorang Doktor, bukan sahaja mampu merawat pesakit, tetapi mampu bersyarah dan memberikan ceramah dalam merungkai permasalahan fikah.

Maka, pengajaran bagi siri kali ini. Kenali potensi diri anda, Superkan diri dengan menjadi seorang Belia Muslim penuh Super . Gemilang dan terbilang untuk ummah. InsyaAllah.

Jika anda pandai bernyanyi, sumbangkan sesuatu untuk ummah ini. Jika anda pandai menulis, tulislah sesuatu untuk memahamkan lagi masyarakat.

Ayuh jadi proaktif! jangan hanya penuh inspiratif tetapi duduk diam sahaja penuh pasif

 

Nukilan,

Sdr Muhamad Asyraf bin Mohamad Farique

Aktivis PEMBINA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top