Musibah Konsert Pinkfish: Muhasabah Bagaimana Pengakhiran Hidup Kita?

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya amalan itu (dinilai) pada pengakhirannya.”

Heboh tentang 4 orang maut selepas menghadiri konsert Pinkfish Countdown untuk sambutan tahun baharu 2025 di Bandar Sunway, Subang Jaya.

Naik satu video di TikTok yang bercakap bahawa kematian bukan satu perlumbaan untuk tunjuk siapa yang baik.

Soalannya, berapa banyak nyawa yang kita ada untuk hidup semula dan ubah kematian kita menjadi lebih baik?

“Setiap yg hidup pasti akan merasai kematian.” (Ali Imran: 185)

Sepatutnya seorang muslim akan menjadikan kematian dia sebagai satu peringatan yang kuat untuk terus jadi baik dan mentaati perintah Allah.

Budaya hiburan melampau dalam kalangan remaja dan belia Islam hari ini, amat teruk dan menyedihkan. Bagaimana perempuan yang bertudung boleh hadiri konsert dan bagaimana lelaki berkopiah boleh menari terkinja-kinja?

Iman seolah-olah tercabut daripada diri dan dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Sehingga mengorbankan nyawa sendiri, iaitu amanah Allah kepada manusia.

Dadah ekstasi seperti makanan utama semasa di konsert kerana dadah cara mudah untuk meningkatkan “vibe” dan semangat.

Bagaimana akhirnya masa depan negara kita bila semua belia hanyut dengan hiburan yang melampau, lalai sepanjang masa, masa depan diri pun belum tentu apatah lagi memikirkan negara.

Sedarlah semua belia Islam, masa yang ada bukan untuk dibazirkan dengan benda yang sia-sia. Sepatutnya kita habiskan masa dengan mempelajari ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan potensi diri dan menaikkan agama Islam

Disediakan oleh:
Nurhadirah Mohammed Adnan
Jk Pembangunan Organisasi PEMBINA Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top