
Gombak, 26 Disember 2011 – Jawatankuasa Pusat PEMBINA berkesempatan bertemu para pemenang rancangan realiti Islamik, Solehah, terbitan TV Al-Hijrah dalam satu sesi khas di Pejabat ISMA Gombak. Ketiga-tiga finalis tersebut iaitu Saudari Amie Sofea bt Ahmad, Saudari Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim dan Saudari Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar bekesempatan hadir sempena jemputan JKP dan satu forum anjuran PEMBINA Cawanan Gombak.
Dalam pertemuan tersebut JKP telah menerangkan sedikit sebanyak tentang objektif dan operasi PEMBINA yang banyak menyasarkan aktivitinya kepada golongan belia khususnya mahasiswa.

JKP juga memberi beberapa cadangan bagaimana para pemenang Solehah boleh terus berbakti kepada masyarakat khususnya sebagai ikon beliawanis muslimah.
JKP mewakili seluruh warga PEMBINA mengucapkan tahniah kepada para pemenang khususnya Amie Sofia yang juga merupakan aktivis PEMBINA.
JKP telah diwakili oleh Presiden Norzafry Norhalim, Timbalan Presiden Ibrahim Mohd Hasan, Naib Presiden I Aizuddin Khalid dan Naib Presiden II Nor Hasni Hayati Hanapi selaku Ketua Beliawanis PEMBINA. Turut hadir adalah M Hafez M Yusuf, Ketua Cawangan PEMBINA Gombak.