PEMBINA Kelantan Terus Bersama GAZA

Program Amal Untukmu Palestin Politeknik Kota Bharu

23 Feb 2009, Kelantan- Hampir 2000 orang mahasiswa politeknik , Kota Bharu kelantan membanjiri dataran gemilang politeknik bagi menyuarakan rasa simpati terhadap kekejaman Israel terhadap bumi wakaf umat islam. Laungan islami memecahkan kesunyian di tengah hari pada ketika itu “Khaibar khaibar ya yahuud jaisyu Muhammad saufa ya`uud“dengan penuh perasaan dan penghayatan suara mahasiswa menggegarkan politeknik Kota Bharu. Kehadiran pengarah RTM Kelantan memberi penuh makna kepada majlis tersebut. Pengarah RTM Kelantan menyifatkan penyampaian “Holocaust di Gaza” sebagai menusuk hati beliau. Kata-kata tersebut dilontarkan kepada Ust Sharifuddin Bin Abd Kadir . Kutipan sumbangan pada hari itu mencecah hampir RM2000 , dan disini juga wakil daripada¬† Aman Palestin Berhad menerima sebentuk anting-anting sebagai derma kepada saudara kita di tanah syuhada.

 

Ceramah Palestin di Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka

17.2.2009-Lebih kurang 200 orang pelajar Madrasah Darul Anwar menghadiri ceramah aman palestin yang telah dianjurkan oleh madrasah Darul Anwar Pulau Melaka , Kelantan. Program bermula pada jam 9.30 malam dengan laungan yang menarik perhatian warga Pulau Melaka yang terkenal ini .Pengendalian majlis tersebut telah dijalankan dengan penuh dedikasi dan semangat oleh ahli-ahli PEMBINA Kelantan dengan kerjasama daripada ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) kelantan .Di sinilah kami mendapat sumbangan sebentuk gelang emas yang di sumbangankan oleh wanita Dari Syria yang bernilai RM1,900 kepada saudara kita di Gaza. Semoga segala usaha mendapat keredhaan ilahi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top