UPM, 17 Nov –Setelah akad dilafaz, terpatrilah ikatan kedua pasangan yang merupakan aktivis PEMBINA cawangan Negeri Sembilan sebagai suami isteri. Majlis walimatulurus yang diadakan di Dewan Jauhari, Bangunan Sultan Aleddin Suleiman Syah, UPM dimeriahkan dengan kedatangan ahli keluarga dan sahabat handai.
Pasangan adalah Muhamad Mabrur bin Ahmad yang merupakan Pemangku Ketua PEMBINA Cawangan Negeri Sembilan dan Khairunnisa binti Ramli yang merupakan Ketua Beliawanis PEMBINA Negeri Sembilan. Akad nikah telah dilakukan pada 16hb November di rumah pengantin perempuan.
PEMBINA mengucapkan tahniah dan barakallahu lakuma wa jama’a bainakuma fi khoir kepada pasangan pengantin. Semoga bait Muslim yang dibina menjadi satu pemangkin kekuatan untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara.
Cenderahati kepada tetamu
hebat cenderahatinya.. tahniah Mabrur.