Wakil JKP PEMBINA bersama Presiden ISMA, Ust Abdullah Zaik, Naib Presiden 1 ISMA, Ust Abdul Halim Abdullah dan tokoh ulama’ dakwah, Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.
9 Okt, Bangi – Pimpinan PEMBINA Pusat telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Presiden & JKP ISMA bertempat di kediaman Presiden di Seksyen3, Bandar Baru Bangi. Ketibaan wakil JKP PEMBINA disambut dengan penuh kemesraan dan mahabbah oleh pimpinan ISMA di peringkat pusat.
ISMA merupakan rakan strategik PEMBINA, yang mana sejak perjanjian hubungan kerjasama yang ditandatangani bersama pada Januari tahun ini telah bersetuju menggalas tugas tarbiyah dan pembinaan sahsiah ahli-ahli PEMBINA. Majlis ini turut dihadiri oleh pimpinan-pimpinan beberapa NGO Islam yang lain.