Jariku seakan-akan mahu menari,
Izinkan ia menari dalam iman,
Jariku seakan-akan mahu berlari,
Izinkan ia berlari dalam iman,
Jariku seakan-akan mahu terbang,
Izinkan ia terbang dalam iman,
Jariku ini punya nafsu,
Ia menulis suka disanjung,
Ia menulis suka dipuji,
Dalam riya’ dalam takbur,
Ia berbangga,
Jariku ini punya iman,
Ia menulis kerana Allah,
Ia menulis kerana ikhlas,
Dalam sujud dalam lelap,
Ia tertangis
Mengenang nasib diri dibakar,
Ia takut, Ia lari,
Jariku ini punya cinta,
Ia mahu menyulam bait,
agar lahir nasihat Iman,
Segar bugar,
Membangkitkan jiwa.
Menyemangatkan pemuda,
Jari,
Ia mahu merubah dunia,
dengan jari ini,
Jari yang sepuluh,
Moga digandakan sepuluh kebaikan,
Satu abjad jadi kata,
Satu kata jadi baris,
Satu baris jadi nasihat,
Seperti itulah jari ini mahu berbakti
kepada Allah Rabbul Izzati
Sumber:Blog Asyraf Farique
Ahli PEMBINA