Imej dan penampilan gambaran personaliti diri

CYBERJAYA, 30 Nov – Cantik ialah apa yang kita rasa dalam diri. Ia membawa maksud kecantikan adalah apa yang anda fikirkan tentang anda. Akan tetapi imej memberi makna yang lebih besar daripada kecantikan kerana imej menonjolkan apa yang dibawa individu sebagai seorang belia wanita Islam.

Imej memainkan peranan yang penting dalam membawa personaliti diri. Ia boleh dikategorikan dalam aspek penampilan, perilaku dan pertuturan.

Menurut Perunding Imej Professional, Puan Nor Jamaliah Abd Wahab, penjagaan imej tidak terhad kepada dunia realiti tetapi juga di alam maya dimana gambar-gambar yang disiarkan dalam Facebook mahupun Instagram perlulah dijaga etikanya kerana pemakaian seseorang menggambarkan nilai dan personaliti seseorang belia wanita Islam.

“Pemakaian yang tidak sesuai menunjukkan seseorang belia wanita Islam itu dikategorikan sebagai penjenayah imej.”

“Sebagai contoh pakai tudung tetapi tidak menutup aurat seperti kain terbelah, itu ialah penjenayah imej,” tegas beliau yang juga merupakan ahli Pertubuhan Perunding Imej Antarabangsa.

Beliau turut mengulas lanjut mengenai empat kategori personaliti iaitu natural, romantik, klasik dan dramatik serta berkongsi 6 tips penting mengenai pengurusan pakaian dalam slot istimewa ‘Anggun, Yakin, Cantik itulah Aku!’ semasa Festival Beliawanis Nasional (FBN) yang berlangsung Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, baru-baru ini.

“Diantara kriteria yang perlu diikuti ketika berpakaian adalah dengan berpandukan formula TOP; Time (Masa), Occasion (Acara) dan Place (Tempat). Penting untuk memiliki set pakaian kasual dan formal serta mempunyai kain dan seluar yang gelap mengikut kesesuaian TOP.

“Belia wanita Islam juga perlu belajar mengabung dan menyuai padan pakaian serta mengasingkan pakaian mengikut acara yang ingin dikunjungi,” jelasnya.

Nurul Ashira Azman

Wartawan Festival Beliawanis Nasional (FBN) 2015

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top