Hari Beliawanis dedah ancaman feminisme

beliawanis

AYER KEROH, 18 Nov – ‘Hari Beliawanis 2014’ yang diadakan kelmarin  mendedahkan ancaman feminisme kepada golongan wanita terutamanya belia di institut pengajian tinggi.

Bertemakan ‘Muslimah Heart of Ummah’, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia wanita akan bahaya fahaman feminisme terhadap jati diri muslimah serta menyampaikan isu-isu berkaitan liberalisme.

Turut hadir bagi merasmikan ‘Hari Beliawanis 2014’ ialah Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kolej Yayasan Saad (KYS), Melaka.

“Muslimah hari ini perlu bersikap lebih berhati-hati dengan gaya kehidupan yang berpaksikan budaya barat beserta peka dan cakna terhadap ancaman mereka, seperti virus feminisme.

“Kita juga perlu memahami bagaimana dan kenapa pertembungan ini berlaku dan merungkai apa yang membawa kepada cara hidup yang salah disisi Islam,” ujarnya.

Bertempat di Dewan Hang Tuah AyeKeroh Country Resort, program ini merupakan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka di bawah Biro Kepimpinan PEMBINA yang mahukan agar belia wanita lebih peka terhadap isu yang melibatkan ancaman kepada kaum wanita dan agamanya.

Turut diadakan bengkel penampilan dan penjagaan kesihatan. Selain itu, gerai jualan dan beberapa aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah khusus unuk para peserta turut diadakan.

Tidak ketinggalan penampilan istimewa selebriti terkenal seperti Farah Asyikin dan Salima Habibi, Duta Aman Palestin selain Cik Roszida Kamaruddin, Ketua Beliawanis PEMBINA dan Cik Hanan Othman, aktivis ISMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top