Sister In Islam (SIS) Bukan Gerakan Islam

Menurut pandangan Sister In Islam, konsep agama yang diwarisi oleh masyarakat hari ini adalah produk yang dihasilkan oleh ulama tradisionalis yang menjadikan pengertian agama dalam rupa syariah yang sempit. Hal ini mengakibatkan agama Islam dilihat sebagai agama yang tidak bertoleransi, keras dan sentiasa bersifat menghukum.

Bagi SIS, sesuatu yang sangat malang apabila majoriti umat islam kini masih terus didominasi oleh pemikiran dan seruan yang meyakini bahawa corak kehidupan zaman awal Islam itu adalah sebagai contoh terbaik dalam segenap lapangan kehidupan. Umat islam terus ditanam dengan doktrin yang mengatakan bahawa sekiranya umat islam ingin mencapai kemajuan seperti di zaman kegemilangan tamadunnya, umat islam perlu mengembalikan semula corak dan sistem kehidupan zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Kesudahannya, SIS mendakwa bahawa masyarakat Islam hari ini terus mewarisi kefahaman dan amalan agama ulama tradisionalis yang bersifat fanatik, eksklusif, tidak toleran, punitive (bersifat menghukum) dan bias gender.

Perjuangan SIS yang tersasar

Ekoran daripada tindakan kerajaan PAS Kelantan yang melancarkan “Operasi Gempur Aurat” bagi mencari pesalah yang tidak menutup aurat telah mendapat kritikan dan penentangan yang hebat daripada pihak SIS. SIS mendakwa tindakan ini tidak releven dan merupakan satu penindasan terhadap kebebasan wanita. Kritikan ini jelas menunjukkan penolakan dan pelanggaran hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran oleh SIS. Wanita Isma tampil untuk menyedarkan masyarakat tentang hal ini. [baca disini http://www.ismaweb.net/2014/10/aurat-wanita-isma-sanggah-sis/ ]

Menyelusuri perjuangan SIS sepanjang tempoh 20 tahun penubuhannya, SIS dilihat sebagai gerakan feminisme yang paling aktif dalam memperjuangkan dan mempertahankan ideanya. Antara perkara yang diperjuangkan oleh SIS adalah penentangan perlaksanaan hukum hudud yang didakwa akan menzalimi kaum wanita. Kemudian, menjadi ngo yang bersekongkol dengan gerakan COMANGGO yang mana antara tuntutannya adalah memperjuangkan LBGT. SIS telah mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh mufti tentang pengharaman wanita islam menyertai pertandingan ratu cantik.

SIS sangat konsisten dengan perjuangan seks bebas yang ‘selamat’ bila menggunakan kondom, menolak tuntutan bertudung oleh wanita islam kerana menganggap ia adalah hak individu dan telah mengeluarkan kenyataan “ we are all Allah’s children” yang mana telah jelas bertentangan dengan Al-Quran (surah al-ikhlas) serta aqidah umat islam.

Penglibatan SIS dengan Institusi Luar

Dalam buku Building Moderate Muslim, pembetukan jaringan Islam moderate di South East Asia perlu dengan cara membina jaringan serantau yang bernaung di bawah satu entiti. Dalam strategi tersebut,  US telah mewujudkan International Centre for Islam and Pluralism(ICIP) yang diiktiraf di Jakarta serta didokong oleh Asia Foundation. Misi utama ICIP adalah membina jaringan Muslim NGO dan aktivis muslim yang progresif dengan cara menyediakan satu medium untuk menyebarkan idea progresif antarabangsa dan pemikir Islam Moderate. ICIP telah mengadakan seminar dan bengkel untuk menyebarkan fahaman tentang Islam dan demokrasi. Salah seorang ahli ICIP sendiri yang mewakili Malaysia adalah Zainah Anwar yang mana merupakan pengarah eksekutif SIS.

Sisters in Islam merupakan entiti yang menerima dana daripada Global Fund for Women sejak dari tahun 1992 yang mana Global Fund Women merupakan entiti yang memperjuangkan LGBT, feminisme dan hak asasi manusia.

Menurut website Friedrich Naumann Stiftung (FNS), SIS mempunyai kerjasama yang sangat lama dengan FNS . Jika merujuk kepada website, FNS terkenal dengan idea yang mempromosi liberalisme dan nilai liberalisme. [rujuk link: http://www.en.freiheit.org/Southeast-and-East-Asia/1044c11707i744/index.html ]. Antara isi kandungannya adalah “Sisters in Islam, from Malaysia, have been for many years partners of our Foundation. They stand up for a modern Islam respecting freedoms and promoting equal rights for women.

Selain itu, antara isu fokus yang diletakkan bagi pertubuhan ini adalah “Freedom of Religion”. Dengan mengkonsepkan “Positive Freedom of Religion” sebagai ;

“the freedom of the individual to establish a religious community at any given time or to join one and to take part in rituals, ceremonies or other religious practices. It includes the freedom to defend one’s personal religious or ideological convictions, as well as the right to take a religion- or ideology-neutral oath”

Institusi dan pertubuhan yang bekerjasama dengan Sister In Islam ini secara terang-terangan mempunyai agenda yang memperjuangkan liberalisme, kebebasan agama, dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Maka terbukti, Sisters In Islam merupakan wakil Malaysia yang membawa agenda “Moderate Muslim”.

Kesimpulan

Sister In Islam tidak pernah menyebut secara zahir bahawa entiti mereka mendokong fahaman Islam Liberal. Namun demikian, tidak bererti bahawa ia sememangnya bebas dari pengaruh fahaman Islam Liberal kerana melihat kepada perspektif hak asasi manusia sebagai premis kedua penubuhannya . Melihat kepada beberapa penulisan tokoh-tokoh SIS, mereka menggunakan perkataan Islam Progresif untuk menjelaskan konsep islam yang diperjuangkan SIS.

Hakikatnya, Islam Progresif dan Islam Liberal yang lahir adalah sebagai sebuah rumusan atau gagasan pemikiran para pemikir islam yang ‘moderate’ dalam usaha untuk menjenamakan serta mengharmonikan semula imej islam yang tercemar dengan momokan agama teroris, fanatik dan anti pemodenan mengikut dakwaan mereka.

Zainab Aqilah
Ahli Unit Kajian Feminisme

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top