Beliawanis Perlu Cakna Ancaman Feminisme

image

Ayer Keroh, 16 November – “Feminisme adalah salah satu cabang liberalisme. Ia mempunyai persamaan pemikiran dgn ideologi barat yang dibawa masuk ke dlm dunia Islam.” Ujar Cik Sabrina yang merupakan salah seorang ahli Unit Kajian & Informasi PEMBINA. “Tingkah laku atau sikap dan apa yg diperjuangkan seseorang melambangkan pemikiran mereka. Pejuang ideologi feminisme memperjuangkan tuntutan mereka tanpa mengambil peduli sudut agama melambangkan pemikiran mereka yang berpegang pada falsafah barat”.

 

Beliau membentangkan tentang ancaman feminisme pada Hari Beliawanis 2014 yang berlangsung selama sehari anjuran Pembina cawangan Melaka. Beliau mengingatkan bahawa fahaman kesamarataan dan hak kebebasan ini semakin menular dalam negara ini. “Pejuang feminisme ini sangat berkeyakinan menyampaikan ideologi ini tanpa mempedulikan tuntutan agama dan syariat Allah. Jadi kita tidak harus takut dalam memperjuangkan Islam yang sebenar. Tugas beliawanis adalah membaca dan terus mengkaji ancaman ini, jadikan perbincangan bersama rakan, dan kenal pasti apakah kesannya kepada masyarakat.”

 

“Sebagai beliawanis yang cakna dengan hal semasa negara, kita memang sewajarnya menanamkan ke dalam hati dan minda kita bahawa ancaman terhadap Islam ini merupakan satu barah yang patut diubati supaya ia tidak terus merebak dan berterusan membunuh jati diri anak muda hari ini”. Program yang dihadiri pelajar perempuan dari beberapa institut pengajian tinggi di sekitar Melaka itu bertujuan bagi melahirkan kesedaran di kalangan belia wanita Islam untuk menjadi muslimah yang menyumbang kepada ummah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top